| HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)

HPUPM Jadi Makmal Khas Saringan Covid-19 MOSTI-KPT

Serdang, 1 April – HPUPM akan menyediakan kemudahan makmal diagnostik tambahan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkatkan kapasiti saringan COVID-19.
Kemudahan ini diperlukan bagi menampung 14,00 ujian setiap hari dan angka ini akan berganda dalam tempoh 2 minggu. Ini penting dalam memastikan sasaran KKM untuk mengadakan 16,000 ujian sehari bermula April 2020 tercapai. Turut tersenarai dalam pasukan khas ini adalah (Hospital Cancelor Tuanku Muhriz UKM, Institut Perubahan Molekul (UMBI) UKM, Pusat Perubatan UM, Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) UM, UiTM, IIUM Medical Center, Hospital USM, UNIMAS dan Institut Genom Malaysia.
Ini sememangnya merupakan kerjasama yang indah antara KKM, MOHE dan MOSTI untuk menggabungkan usaha dan sumber dalam menangani pandemik. Semoga Allah memberi ganjaran kepada semua orang yang telah bekerja keras untuk mengekang wabak ini.

Other News

SXESRAv~